Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Integriti & Etika Penjawat Awam” dalam Program Transformasi Minda Siri 1/2023 pada 7 Februari 2023 kepada pegawai-pegawai kadet Jabatan Imigresen Malaysia di Akademi Imigresen Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Objektif ceramah ini adalah untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan integriti dan etika kerja serta akauntabiliti dalam melaksanakan tugasan. Sesi ceramah tersebut telah dihadiri seramai 224 pegawai kadet.
Ceramah telah disampaikan oleh En. Suhaimi Bin Mohd Noh, Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM.

