Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk “Integriti & Dilema Etika” kepada warga kerja Syarikat Boustead Holdings Berhad secara atas talian pada 6 Oktober 2022.
Sesi pagi melibatkan seramai 232 peserta manakala sesi petang telah dihadiri seramai 160 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kumpulan sokongan, eksekutif dan pengurusan Syarikat Boustead.
Objektif sesi ini adalah untuk meningkatkan kefahaman Integriti dan Etika Kerja disamping dilemma yang mungkin berlaku dalam tugasan harian dan fungsi di tempat kerja. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM, En. Suhaimi Mohd Noh.


