Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput oleh Akademi Imigresen Malaysia untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Integriti dan Etika Penjawat Awam” sempena Program Transformasi Minda (PTM) pada 26 Julai 2022.
Seramai 192 peserta Kursus Sijil Pengurusan Keimigresenan KP41 dan Kursus Sijil Tinggi Keimigresenan KP29 telah menghadiri sesi ini yang telah diadakan di Dewan Baiduri, Akademi Imigresen Malaysia.
Ceramah telah disampaikan oleh Konsultan Seksyen Advokasi dan Libat Urus IIM, Puan Munah Binti Abdul Aziz.


