Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk “Integriti dan Akauntabiliti” kepada warga kerja Institut Keusahawanan Negara INSKEN pada 8 Disember 2022.
Seramai 53 peserta yang terdiri daripada pengurusan tertinggi dan juga warga kerja INSKEN telah menghadiri ceramah ini.
Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan INSKEN tentang kepentingan menjadi seorang pegawai yang berintegriti dan berakauntabiliti dalam sesebuah organisasi serta menerapkan sikap jujur, amanah dan bertanggungjawab ketika melaksanakan tugasan.
Ceramah ini telah disampaikan oleh En. Fison Hamdi bin Ahmad, Ketua Seksyen Advokasi dan Latihan.

