Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk “Integriti dalam Kerjaya” bersempena Program Sambutan Hari Integriti Peringkat Perbadanan Labuan 2022 pada 9 Disember 2022 bertempat di Wisma Perbadanan Labuan.

Sesi ceramah ini telah dihadiri seramai 200 warga Perbadanan Labuan. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Tuan Haji Rithuan Bin Haji Mohd Ismail; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran), Encik Fadzilah Bin Haji Mahmud; dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), YBhg. Dato’ Dr. Haji Othman Bin Che Jusoh.

Program ini merupakan salah satu agenda pengukuhan integriti di Perbadanan Labuan menerusi usaha membudayakan integriti dan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan warga Perbadanan Labuan.

Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh Pn Munah Abdul Aziz, Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan, IIM