Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai menyampaikan ceramah bertajuk Etika dan Integriti (E&I) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 13 September 2022.
Ceramah yang merangkumi tiga (3) siri ini telah disertai seramai 43 peserta yang terdiri daripada Kumpulan Perkhidmatan Sokongan daripada seluruh JPPM di Malaysia.
Ceramah dijalankan secara atas talian oleh Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM, Pn Munah Abdul Aziz.
