Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan menyampaikan ceramah bertajuk “Etika dan Integriti” anjuran Tourism Malaysia bagi Program Pengukuhan Integriti 2022 pada 8 Disember 2022 secara dalam talian.
Sesi yang berlangsung secara talian ini telah disertai 62 warga Tourism Malaysia daripada pelbagai peringkat pengurusan. Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan kefahaman mengenai konsep, definisi etika dan integriti serta meningkatkan integriti dalam tugasan dan fungsi di tempat kerja termasuk impak kepada kualiti kerja serta imej organisasi.
Ceramah telah disampaikan oleh Pn. Munah Abdul Aziz, Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM.
