Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput oleh Mubadala Energy yang berpengkalan di Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu (UAE) untuk menyampaikan ceramah bertajuk Ethics & Integriti pada 28 September 2022.
Seramai 120 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pengurusan tertinggi Mubadala Energy serta warga kerja syarikat tersebut. Selain itu turut hadir ke sesi tersebut adalah Encik Khalfan Al Monsoori selaku Country Manager bersama Puan Cally Ting, Human Capital Manager, Encik Kenny Kee selaku wakil Ethics and Compliance (Malaysia office) serta pasukan Mubadala Energy and Compliance dari Abu Dhabi.
IIM telah diwakili oleh Ketua Seksyen Advokasi dan Latihan, Encik Fison Hamdi Ahmad dan Konsultan Encik Suhaimi Mohd Noh.


