Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Aku Janji” kepada warga kerja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 22 Februari 2023.

Objektif ceramah ini adalah menjurus kepada kefahaman konsep dan falsafah Aku Janji serta memupuk kesedaran tentang kepentingan dan keperluan integriti dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Ceramah selama dua jam tersebut telah diadakan secara dalam talian StreamYard dan dipancarkan melalui siaran langsung di Youtube KPM. Sesi langsung ceramah tersebut telah disertai seramai 6,000 warga kerja KPM dari pelbagai peringkat di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Konsultan IIM, Encik Suhaimi Bin Mohd Noh dari Seksyen Advokasi dan Latihan.