{:my}“Melangkaui 2020 Ke Arah 2050: Menangani Cabaran-cabaran Baharu Integriti Negara” merupakan tajuk yang diangkat bersempena dengan penganjuran Siri Syarahan Perdana Integriti Tun Abdullah Ahmad Badawi yang julung kali diadakan bertempat di Menara Integriti, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) pada 20hb Julai 2017.

Syarahan perdana ini telah disampaikan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong yang merupakan Felo Utama INTEGRITI dan dipengerusikan Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI. Tetamu kehormat yang hadir pada majlis ini adalah Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri ke-5 yang juga merupakan pencetus utama Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 5 November 2003.

Siri Syarahan Perdana Integriti ini mengambil sempena nama Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia ke-5 yang telah mengerakkan usaha-usaha transformasi dalam sistem tadbir urus negara. Selain menghargai legasi serta ketokohan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadikan integriti sebagai prinsip asas dalam pelbagai bidang bagi memacu agenda pembangunan negara.

Objektif utama Siri Syarahan Perdana Integriti Tun Abdullah Ahmad Badawi ini adalah untuk mengetengahkan pemikiran dan wacana mengenai integriti dan tadbir urus agar terus subur dan sebati dalam kehidupan masyarakat dan menjadi pemangkin dalam membudayakan amalan integriti dalam kalangan rakyat di negara ini.

Dalam mengharungi abad ke-21, khususnya dalam usaha melangkah melangkaui tahun 2020 ke arah tahun 2050 dan meneruskan usaha membangun sebuah negara yang maju, demokratik, berdaya saing dan bersatu berlandaskan prinsip integriti, Malaysia harus mengendalikan beberapa cabaran besar yang memberi dampak ke atas daya tahan institusi masyarakat, keutuhan tadbir urus negara serta keupayaan kepimpinan di pelbagai peringkat mengemudikan perubahan ke arah yang dihasratkan.

Antara cabaran itu termasuk transformasi masyarakat yang mendalam, proses pergantian generasi, kebangkitan semula globalisasi timur dengan imbangan kuasa yang baharu serta cabaran-cabaran yang muncul seiring dengan kemajuan teknologi Revolusi Industri Ke-4.

Perubahan-perubahan besar yang berlaku dalam negeri dan juga antarabangsa memberi implikasi yang serius terhadap Agenda Integriti, justeru ia menuntut pemikiran baharu untuk menanganinya secara berkesan.

Syarahan ini telah membahaskan persoalan-persoalan ini di samping berbicara mengenai model pemantapan integriti iaitu The Greek Temple Model, The Bird’s Nest Model dan The Turtle Model berdasarkan pengalaman Malaysia yang digarap dalam Pelan Integriti Nasional yang dilaksanakan selama lebih satu dekad ini. Ciri-ciri model ini serta kekhususannya yang membezakannya daripada model-model lain juga turut dihuraikan.

Dalam mendepani cabaran-cabaran baharu ini, Agenda Integriti yang berpandukan kepada Pelan Integriti Nasional diyakini mampu untuk terus berperanan sebagai agenda pentakrif, inklusif dan berkekalan dengan menjadi milik semua pihak tanpa terikat kepada naungan penganjur asalnya.

{:}{:en}“Melangkaui 2020 Ke Arah 2050: Menangani Cabaran-cabaran Baharu Integriti Negara” was  the title of the lecture delivered by Professor Emeritus Dato ‘Dr. Abdul Rahman Embong during the Siri Syarahan Perdana Integriti Tun Abdullah Ahmad Badawi at the Auditorium of INTEGRITI last July, 20th.

The session was chaired by Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, President and CEO of INTEGRITI witnessed by the guest of honour , Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, former Prime Minister of Malaysia and also the one who initiated the National Integrity Plan(NIP).

The Lecture series takes on the name of Tun Abdullah Badawi as the main mover of the transformation efforts in the country’s governance system as well as to preserve his legacy as the enabler in the establishment of the NIP and INTEGRITI.

The main objective of the Siri Syarahan Perdana is to highlight on the upcoming initiatives in overcoming 2050 challenges relating to integrity and governance.

{:}