YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah menghadiri sambutan Bulan Integriti Majlis Bandaraya Miri yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak.

Kehadiran YBhg. Datuk KPE IIM adalah sebagai tanda sokongan IIM kepada pelbagai aktiviti yang akan dijalankan oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) bagi memeriahkan lagi sambutan Bulan Integriti Nasional yang disambut pada bulan November setiap tahun.

Dengan tema “Integrity Begin with Me”, aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan adalah Sesi Ceramah Tumbuk Rusuk, Hari Keluarga, Hari Integriti bersama Si Kecil, Sesi Townhall bersama YB Datuk Bandar dan Integrity Run yang melibatkan seluruh masyarakat di Miri. Semua program tersebut telah bermula pada 11 November dan akan berakhir pada 26 November 2022.