Pada 17 Februari 2016, telah berlangsung Breakfast Talk Siri 2 dengan topik Penjagaan Kesihatan Kanser melalui Perspektif Integriti”yang diadakan sempena sambutan Hari Kanser Sedunia pada 4 Feb.
yang lalu. Rata-rata tetamu yang hadir amat berpuas hati dengan konsep program berbentuk perbincangan yang membuka ruang untuk ahli panel & para tetamu berkongsi ilmu, pengalaman & cadangan masing-masing.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) Kesihatan Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai, sikap tidak mengambil peduli dan tidak mahu melakukan pemeriksaan kesihatan merupakan antara cabaran dalam pengurusan penyakit kanser di negara ini. Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai agar melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya dua kali setahun sebagai langkah awal bagi mengesan kanser.
Sementara itu, Pengurus Besar Majlis Kanser Negara (Makna) Farahida Mohd Farid pula berkata mengikut laporan Makna 2013, sejumlah 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan menghidap kanser dan jumlah itu dilaporkan meningkat setiap tahun.
“Langkah yang paling mudah untuk mencegah adalah dengan menukar pola pemakanan dan mengamalkan gaya hidup aktif yang diakui pakar perubatan bahawa ia mampu menjadikan sistem peredaran darah lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi tinggi,” katanya lagi.
Pihak INTEGRITI juga ingin berterima kasih juga di atas kesudian En. Mohd Zulhaimi Suderman, Cancer Survivor yang hadir & berkongsi pengalaman yang telah menyentuh hati para tetamu yang hadir.
Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1216488