Tahniah diucapkan kepada Boustead Holdings Berhad atas kejayaan pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) yang dikenali sebagai Boustead Integrity & Governance Plan (BIG Plan) pada 24 November 2022, bersempena Boustead Holdings Berhad Integrity Day 2022. BIG Plan telah dibangunkan dengan bantuan konsultasi oleh IIM.

BIG Plan yang dilancarkan adalah bertujuan untuk memperkasakan peranan Boustead dan rakan kongsi perniagaannya dalam mencegah dan mengawal potensi sogokan dan rasuah demi menjunjung standard integriti yang tinggi.

IIM telah diwakili oleh Encik Mohd Hafizdi Che Md Akhir, Ketua Seksyen Pengurusan Integriti, dan Encik Izal Arif Zahrudin, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada KPE IIM dalam majlis tersebut.