Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk “ Integriti Individu, Elak Ketirisan Maklumat” dalam slot Bicara Eksekutif Siri 5 anjuran Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada 7 Julai 2022.

Sesi yang dijalankan secara dalam talian ini telah disampaikan oleh En. Fison Hamdi Ahmad, Ketua Seksyen Advokasi dan Libat Urus, IIM.

Seramai 431 orang peserta terdiri daripada warga kerja JPNIN, ketua-ketua komuniti, jentera perpaduan seluruh Malaysia serta orang awam telah menghadiri sesi ini.