Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menganjurkan Bengkel “Training The Trainers (TTT)” bagi Modul Kursus Komprehensif Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) pada 28 dan 29 Julai 2022.
Seramai 27 orang peserta telah hadir pada bengkel ini yang terdiri daripada Ahli-ahli Mesyuarat RTD-CISM iaitu wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bursa Malaysia Berhad dan pegawai-pegawai IIM.
Sesi pengajaran dan perkongsian telah dilaksanakan oleh pegawai IIM dan SPRM dalam meningkatkan pengetahuan pegawai-pegawai sebelum pelancaran dan pelaksanaan CISM ini kelak kepada sektor swasta terutama PKS pada penghujung bulan Ogos 2022.





