Pasukan Program Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB), Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai mengadakan siri ke-4 Sesi Latihan Bengkel Training of Trainer (TOT) dan sesi lawatan tapak ke Majlis Daerah Matu Dan Daro (MDMD) pada 16 – 17 Ogos 2022.
Lawatan tapak yang melibat 3 kawasan di Kampung Tian, Kampung Kuala Matu Hilir dan Pasar dan Medan Selera Matu telah diiringi oleh Pegawai Seksyen Komuniti; Kesihatan Awam; Penguatkuasaan; dan Pengerusi KRT bagi 3 kawasan yang terlibat.
Manakala, Bengkel TOT telah dihadiri oleh pegawai-pegawai awam yang dilantik oleh MDMD iaitu dari Sekyen Kejuruteraan; Seksyen Khidmat Pengurusan; Seksyen Kesihatan; dan Seksyen Penguatkuasa serta Ahli Jawatankuasa Khas CIB (Pemantau) dari 3 kawasan KRT terpilih serta kontraktor yang dilantik di bawah seliaan MDMD terutamanya dalam skop kerja pengurusan kutipan sampah dan pemotongan rumput.
Sesi penutupan bengkel TOT telah disempurnakan oleh Setiausaha MDMD, Tn Ahmad Jerry Bin Hj Hashim dan wakil Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak (UNIONS), En. Shamsul Bin Bojeng (KPP, Seksyen Integriti, UNIONS).
Bengkel ini telah difasilitasikan oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi IIM, Tn Hj Hamilye Sham Harun dan dibantu oleh konsultan IIM, En Meor Shahram Faiz.




