Bengkel semakan Penetapan Key Performance Indicator (KPI) untuk Bahagian dan Seksyen, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah diadakan pada 26 Mei 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 14, Menara IIM.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memastikan penetapan KPI IIM dapat disediakan segera bersesuaian dengan hala tuju baharu IIM. Bengkel separuh hari ini telah dihadiri oleh semua Ketua Seksyen dan pegawai kanan seksyen di IIM.
