Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Semakan Mekanisme Pelaksanaan dan Pemantauan OACP bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan pada 22-23 September 2022.

Sesi bengkel ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari setiap bahagian/unit dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUK NS), termasuk agensi-agensi dan jabatan-jabatan di bawah PSUK NS.

Bengkel ini telah membantu para peserta mengenalpasti risiko-risiko baharu dan cadangan inisiatif baharu untuk agensi serta jabatan masing-masing dengan membuat semakan pelaksanaan pelan tindakan OACP PSUK NS bagi tahun 2020-2022.

Bengkel berakhir dengan Ucapan Penutup oleh YB Dato’ Dr. Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.