Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Bengkel Semakan dan Pemurnian Modul Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) pada 8 Jun 2022.
Sesi secara dalam talian ini telah dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Teknikal Bagi Modul CISM iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bursa Malaysia Berhad dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Modul ini dibangunkan khusus untuk sektor perniagaan kecil dan sederhana (IKS) sebagai persediaan pelaksanaan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 di samping menjadi alternatif kepada pembangunan Sistem Pengurusan Antirasuah MS ISO 37001: 2016.
Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Encik Harisham Ibrahim, Ketua Seksyen Perancangan Strategik, IIM.

