Institut Integriti Malaysia (IIM) telah membantu Kejora Development Holding Sdn Bhd (KDHSB) membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) pada 14-15 Jun 2022. Bengkel Rancangan Tindakan CRA OACP ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan daripada KDHSB serta tiga (3) anak syarikatnya iaitu Kejora Land Development Sdn Bhd (KLDSB), Kejora Agro Sdn Bhd (KASB) dan Kejora Hospitality and Services Sdn Bhd (KHSSB).
Enam (6) Bidang Keutamaan OACP ini telah dibangunkan iaitu Pembangunan Kemajuan Hartanah Bersepadu, Perkhidmatan Perhotelan dan Pelancongan, Pertanian dan Peladangan, Tadbir Urus, Kewangan dan Perolehan serta Khidmat Pengurusan.
Konsultan IIM yang terlibat dalam sesi ini ialah Pn. Nurul Shafinas Mohd Daud dan Pn. Wan Nabilah Meor Mohd Jamil.

