Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Bengkel Perancangan Senario untuk pembangunan Pelan Antirasuah Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 26 – 28 September 2022.
Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada ketua dan wakil setiap bahagian telah menghadiri bengkel tersebut.
Diakhir bengkel para peserta telah membentangkan inisiatif masing-masing yang telah dibangunkan berdasarkan kepada 4 Bidang Keutamaan yang telah dikenalpasti iaitu Tadbir Urus, Pentadbiran dan Sumber Manusia, Perolehan dan Kewangan, dan Operasi.
Konsultan IIM yang terlibat membantu bengkel ini ialah En. Muhamad Khairul Azmir Mohd Paiz dan Pn. Wan Nooraine Husin.


