Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai membantu Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu (PPNT) melaksanakan Bengkel Perancangan Senario, Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) pada 18 – 20 Julai 2022 di Kuala Terengganu.
Seramai 25 orang peserta telah menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada ketua unit dan wakil dari setiap unit PPNT. Sesi ini telah membincangkan empat Bidang Keutamaan OACP PPNT iaitu Perolehan, Kewangan, Tadbir Urus dan Operasi.
Konsultan IIM yang terlibat dalam bengkel ini ialah Encik Muhamad Khairul Azmir Mohd Paiz selaku Ketua Konsultan dan dibantu oleh Puan Nelly Mansin.


