IIM telah melaksanakan Bengkel Perancangan Senario OACP untuk Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) pada 6 hingga 8 Mac 2023 bertempat di Kedah Digital Library, Alor Setar, Kedah.
Bengkel ini telah disertai seramai 33 orang peserta daripada pelbagai bahagian/unit di PPAK. Turut hadir adalah Pengarah PPAK, Encik Shahizan Affandi bin Zakaria.
Sesi ini telah dikendalikan oleh Konsultan IIM iaitu En. Muhamad Khairul Azmir Mohd Paiz dan En. Mazwane Musa.


