Institut Integriti Malaysia (IIM) telah membantu Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dalam menjayakan Bengkel Penilaian Risiko Rasuah NAFAS (Siri 2) pada 25-28 Julai 2022.

Seramai 33 orang peserta dari lapan (8) Jabatan di bawah NAFAS telah menghadiri bengkel tersebut. Konsultan IIM yang terlibat dalam bengkel ini ialah Pn. Nurul Shafinas Mohd Daud dan Pn. Wan Nooraine Husin.