Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Bengkel Penilaian Risiko Rasuah (CRA) & Analisis Data bersama Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) bertempat di Galeria PjH.
Bengkel yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 19 sehingga 21 Oktober 2022. Ianya telah dihadiri seramai 28 orang terdiri daripada pengarah-pengarah bahagian, politeknik dan kolej komuniti JPPKK serta wakil yang telah dilantik.
Objektif bengkel ini adalah untuk mengenal pasti dan menentukan risiko bagi Jabatan tersebut yang telah berlaku, sedang berlaku dan kemungkinan akan berlaku berdasarkan aspek berkenaan rasuah, integriti dan tadbir urus. Para peserta seterusnya telah berjaya membangunkan Jadual Daftar Risiko yang komprehensif bagi JPPKK.
Konsultan IIM yang terlibat dalam bengkel ini adalah Cik Wan Nooraine Wan Husin, Konsultan Kanan Seksyen Pengurusan Integriti dengan dibantu oleh Puan Nurul Fadzliyanie Mohd Razif dan Encik Mazwane Musa.



