Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Bengkel Penetapan Key Performance Indicators (KPI) pada 1-3 Jun 2022. Tujuan utama sesi ini diadakan adalah sebagai platform perbincangan mengenai penyediaan dan penjajaran semula KPI IIM, selaras dengan fungsi dan peranan IIM sebagai peneraju utama kepada agenda pemantapan integriti dan tadbir urus negara.

YBhg. Datuk Wan Suraya, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) IIM mengetuai sesi ini dengan kehadiran pihak pengurusan IIM.

Dalam sesi ini juga telah dibincangkan tentang perancangan Sambutan Hari Integriti Nasional yang akan dilaksanakan pada bulan November 2022.

Dalam kesempatan yang ada, KPE serta beberapa orang Pegawai Pengurusan kanan IIM telah mengambil kesempatan menyantuni En. Shazlan Sudan, salah seorang warga kerja IIM pada 2 Jun 2022 di kediaman beliau di Port Dickson.

En. Shazlan Sudan yang bertugas sebagai Penolong Pegawai di Pusat Ilmu, IIM telah selamat menjalani pembedahan baru-baru ini. Pada kesempatan ini juga, YBhg. Datuk KPE telah menyerahkan sedikit sumbangan peribadi beliau kepada En. Shazlan di samping sumbangan dari Kelab Sukan dan Kebajikan IIM (KESKIM).