Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama Kejora Development Holdings Sdn Bhd (KDHSB) & Anak-Anak Syarikat KDHSB telah melaksanakan Bengkel Pemurnian Penilaian Risiko Rasuah & Penyediaan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Kumpulan Syarikat KDHSB pada 19-20 Julai 2022.
Bengkel Pemurnian ini telah dipimpin oleh dua (2) orang konsultan IIM, Pn Nurul Shafinas Mohd Daud dan dibantu oleh Pn. Wan Nabilah Meor Mohd Jamil dengan kehadiran seramai 15 orang peserta, yang terdiri daripada wakil pengurusan KDHSB serta wakil dari anak-anak syarikat.
Sebanyak enam (6) Bidang Keutamaan, enam (6) Strategi dan 14 Objektif Strategi untuk 50 Risiko telah berjaya dimurnikan. Konsultan IIM turut menerangkan tentang penyediaan penulisan manuskrip Buku OACP dan juga keadah pemantauan serta penilaian yang sesuai bagi memastikan kesemua inisiatif OACP tersebut berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

