Institut Integriti Malaysia (IIM) telah membantu Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) mengendalikan Bengkel Pemurnian Pembangunan Pelan Organisasi Antirasuah (OACP) PKENPs yang telah diadakan pada 23-24 Jun 2022.

Bengkel ini telah membincang dan menetapkan Visi, Misi dan Matlamat OACP PKENPs beserta pelan tindakan OACP yang akan dilaksanakan dalam tempoh 2022-2026.

Konsultan dari IIM diketuai oleh Pn. Wan Nabilah binti Meor Mohd Jamil dan dibantu oleh Cik Nur Faranajwa Yahaya.