Bengkel Pemurnian Pelan Antirasuah Jambatan Kedua Sdn Bhd telah berjaya dilaksanakan secara virtual pada 17 hingga 18 Mac 2022.
Encik Faisal Shahbudin, Ketua Pegawai Eksekutif Jambatan Kedua Sdn. Bhd. turut menyertai bengkel tersebut bersama-sama semua ketua-ketua jabatan.
Bengkel pemurnian tersebut merupakan bengkel yang terakhir dalam proses pembangunan pelan antirasuah organisasi tersebut yang telah mengambil masa selama 3 bulan.
Bengkel ini dikendalikan oleh Saudara Mohd Hafizdi Che Md Akhir selaku Ketua Konsultan IIM, dan dibantu oleh Saudara Izal Arif Zahrudin, Konsultan Kanan IIM.
IIM mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Jambatan Kedua Sdn. Bhd. kerana memberi kepercayaan kepada IIM untuk membantu membangunkan Pelan Antirasuah Jambatan Kedua Sdn. Bhd.
