Bengkel Pemurnian Pelan Antirasuah Institut Koperasi Malaysia (PARa-IKMa) telah diadakan pada 12 hingga 13 April 2022 secara hibrid bertempat di IKMa Petaling Jaya, Selangor. Bengkel ini telah diketuai oleh dua konsultan IIM, Puan Syafinaz Daud dan Puan Wan Nabilah Meor Mohd Jamil.

Bengkel ini telah berjaya memurnikan intipati dan kerangka pelan antirasuah IKMa bertujuan mengukuhkan lagi tadbir urus dan budaya integriti dalam penyampaian serta perkhidmatan IKMa.

Komitmen dan kerjasama yang sangat baik telah diberikan oleh setiap peserta yang hadir selama dua hari yang turut disertai oleh Puan Hamidah Mohd Jos, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) IKMa dan Ketua-ketua Jabatan yang lain.