Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengendalikan Bengkel Pemurnian OACP bersama Jabatan Warisan Negara bertempat di Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Abd Razak pada 6 Oktober 2022.

Bengkel ini telah dihadiri seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pengarah-pengarah bahagian dan zon Jabatan Warisan Negara.

Majlis Penutup Bengkel telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Encik Mohd Muda. Turut hadir adalah wakil dari Unit Integriti MOTAC, En Fadzley yang juga merupakan pegawai SPRM yang ditempatkan di kementerian.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Nurul Fadzliyanie Mohd Razif, Konsultan Seksyen Pengurusan Integriti IIM dengan di bantu oleh pegawai MySTEP, Cik Nur Syuhada Zulkifly