Bengkel Pemurnian CRA OACP bagi Yayasan Perak telah selesai dilaksanakan selama dua hari bermula 22 hingga 23 Disember 2022.

Bengkel dimulakan dengan sesi Taklimat Pemurnian Pelan Tindakan dan seterusnya pembentangan Pelan Tindakan mengikut bidang keutamaan iaitu Kewangan, Pengurusan Dana, Pengurusan Aset & Perolehan, Pembangunan Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia dan Tadbir Urus Korporat.

Sesi ini dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar, Yayasan Perak iaitu Pn Rohana Binti Mohammad, Pengurus-Pengurus Bahagian dan wakil-wakil unit di Yayasan Perak.

Sesi bengkel telah dikendalikan oleh konsultan IIM iaitu Puan Wan Nabilah Meor Mohamad Jamil dan Puan Nurul Shafinas Mohd Daud.