Bengkel Pemurnian CRA OACP bagi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah berlangsung selama 2 hari bermula 29-30 November 2022 bertempat di Ibu Pejabat LKTN.

Sesi Pembentangan ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah LKTN, Tn. Hj. Idris B. Mohd Salleh; Timb. Ketua Pengarah (Pengurusan & Operasi), Tn. Hj. Wan Baharuddin B. Wan Ismail, dan Timb. Ketua Pengarah (Pembangunan), Ts. Mohd Fadzhel B. Mohd Nasir, serta pengurusan kanan LKTN.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Konsultan IIM, Pn. Nurul Shafinas Mohd Daud dan Cik Wan Nooraine Husin