Institut Integriti Malaysia (IIM) telah membantu Majlis Bandaraya Seremban (MBS) melaksanakan Bengkel Pemurnian Corruption Risk Assessment (CRA), Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) pada 14-15 Julai 2022.

Bengkel ini telah disertai seramai 48 orang peserta yang terdiri daripada Datuk Bandar MBS iaitu YBhg. Dato’ Masri Bin Hj Razali, En. Mas Midyawan Bin Yahya selaku Setiausaha MBS, Pengarah-pengarah Jabatan, Ketua-ketua unit dan wakil bagi setiap jabatan/unit yang terlibat secara langsung untuk membangunkan OACP MBS ini yang merangkumi 6 bidang keutamaan teras perkhidmatan.

Bengkel ini telah dibantu Konsultan IIM iaitu Pn. Nurul Shafinas Daud dan Cik Farahnajwa Yahaya.