Institut Integriti Malaysia (IIM) telah membantu Malaysia Timber Council (MTC) melaksanakan Bengkel Pemurnian Corruption Risk Assessment (CRA) dan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) pada 14-15 Julai 2022 di Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur.
Seramai 24 orang peserta daripada setiap jabatan/unit MTC telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini telah memuktamadkan empat (4) Bidang Keutamaan OACP MTC iaitu Perolehan, Tadbir Urus, Operasi dan Kewangan dan Pelaburan.
Bengkel ini telah dilaksanakan oleh Konsultan IIM, Pn Wan Nabilah Meor Mohd Jamil dan dibantu oleh Puan Nurdiana bt Shaharudin.

