Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan bengkel pemurnian bagi pembangunan Modul Integriti Ketua Masyarakat & Ketua Kaum (MIKMKK) bersama pihak Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) dan Unit Pentadbiran Jabatan Premier Sarawak pada 28 Februari 2023.

Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan pengisian serta mendapatkan maklumbalas terhadap Modul MIKMKK yang sedang dibangunkan oleh IIM. Modul MIKMKK ini akan digunakan sebagai modul latihan untuk ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua kaum Sarawak untuk menerapkan dan memperkasakan nilai integriti di dalam masyarakat di peringkat akar umbi.

Sesi bengkel secara atas talian ini telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Qayyum Salim, Ketua Seksyen Pembangunan Komuniti (SPK), IIM.