Bengkel Pemurnian bagi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ) telah selesai dilaksanakan pada 31 Oktober sehingga 1 November 2022 di Johor Bahru.

Bengkel ini telah dihadiri oleh Ketua Hakim JKSNJ iaitu Tuan Haji Muhammad Khaldun bin Mohamad Sharif serta 27 orang wakil Bahagian/Unit JKSNJ.

Bengkel Pemurnian ini bagi memurnikan Pelan Tindakan dan Inisiatif yang telah dirangka, Selain itu, bengkel ini juga bertujuan memberikan penerangan berkaitan penilaian dan pemantauan OACP yang telah digarap dalam mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.

Bengkel ini dikendalikan oleh Konsultan IIM, En Muhamad Khairul Azmir Mohd Paiz dan dibantu oleh En Mazwane Musa.