Bengkel Pembangunan Pelan Strategik IIM 2023-2025 telah diadakan pada 24-27 November 2022 bertempat di Pulau Pinang. Bengkel ini bertujuan memurnikan perancangan halatuju IIM bagi tahun 2023 di samping membina kesepakatan kalangan warga kerja, selaras dengan nilai teras IIM iaitu Integriti, Kerja Berpasukan dan Profesional dalam melaksanakan tugasan.

Pelbagai aktiviti dan program juga telah diadakan bagi memupuk kemesraan dan kesefahaman di antara warga kerja IIM.

Turut hadir, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM dan pihak pengurusan IIM.