Bengkel Pembangunan Pelan Anti-Rasuah (OACP) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) telah dilaksanakan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 21 hingga 23 Mac 2022 di Kuala Perlis dengan kehadiran peserta yang terdiri wakil daripada setiap jabatan / unit dalam PKENPs.

Hasil daripada bengkel ini, para peserta telah berjaya menganalisis dan mendaftarkan sebanyak 190 risiko berasaskan galian data-data yang bersumber dan tidak bersumber mencakupi Risiko Rasuah, Integriti dan Tadbir Urus.

Bengkel ini telah dipimpin oleh konsultan IIM, Puan Wan Nabilah Binti Meor Mohd Jamil dan dibantu oleh konsultan Puan Nur Faranajwa Binti Yahaya.