Institut Integriti Malaysia(IIM) telah selesai melaksanakan Bengkel Pembangunan dan Pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) kepada Jabatan Warisan Negara pada 19-20 September 2022 bertempat di Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Abd Razak.

Bengkel ini telah dihadiri seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pengarah-pengarah bahagian dan zon Jabatan Warisan Negara.

Pada akhir sesi bengkel, Jabatan Warisan Negara berjaya membangunkan pelan tindakan merangkumi 4 Bidang Keutamaan iaitu Tadbir Urus, Khidmat Pengurusan, Penguatkuasaan Warisan Negara serta Pemeliharaan dan Pemuliharaan Warisan Negara.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Konsultan IIM, Puan Nurul Fadzliyanie Mohd Razif.