Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Unit Integriti & Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak telah mengadakan Bengkel Pemantapan Modul Integriti Penguat kuasa (MIP) dan Pembangunan Modul Integriti Ketua Masyarakat (MIKM) Peringkat Negeri Sarawak pada 7-8 Februari bertempat di Kuching, Sarawak.

Kedua-dua bengkel yang dijalankan secara serentak ini telah dihadiri lebih 40 orang pegawai terdiri daripada 14 agensi bagi Modul MIP dan 12 agensi bagi Modul MIKM.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas dan dapatan dari peserta berkenaan keperluan serta isu-isu setempat yang boleh dijadikan intipati pelaksanaan modul bagi pengukuhan integriti di kalangan penguatkuasa dan ketua-ketua masyarakat di Sarawak.

Sesi bengkel yang berlangsung selama dua hari ini diselia oleh Seksyen Pembangunan Komuniti (SPK) dan Sekyen Advokasi dan Latihan (SAL).