Sesi Bengkel Pelan Tindakan pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah pun selesai dikendalikan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 30-31 Mei 2022 di Dewan Waris Klana Di Hulu, Wisma Majlis Bandaraya Seremban.

Bengkel dua hari ini telah diterajui oleh para konsultan IIM, Pn Shafinas Daud dan Pn. Farah Najwa.

Bengkel yang disertai Ketua-ketua bahagian dan wakil unit telah berjaya membantu MBS dalam merangka Strategi dan Objektif Strategik mengikut enam (6) Bidang Keutamaan yang telah diluluskan oleh Pengurusan Tertinggi MBS.

Semoga usaha membangunkan Pelan OACP ini dapat membantu MBS dalam meningkatkan integriti serta tadbir urus yang lebih efektif.