Bengkel Pelan Tindakan OACP bagi Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MYCEB) telah berlangsung pada 20 hingga 21 Februari 2023, bertempat di Putrajaya.
Sesi selama dua hari ini telah melibatkan seramai 15 orang wakil MYCEB dalam kalangan Pengurus, Penolong Pengurus dan Eksekutif Kanan.
Turut hadir sepanjang sesi bengkel adalah Pengarah Khidmat Korporat MYCEB iaitu Encik Zain Azrai bin Rashid.
Bengkel telah dikendalikan oleh Konsultan IIM, Encik Abdul Rahman Abdullah dan Encik Nur Imran Mohd Shaili.

