Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Bengkel Pelan Tindakan bersama Syarikat Air Negeri Sembilan Berhad (SAINS) pada 2 hingga 3 Februari 2023 bertempat di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pelbagai inisiatif serta risiko-risiko telah dikenalpasti dan cadangan penambahbaikan telah diberikan oleh konsultan IIM semasa sesi tersebut.

Bengkel telah dihadiri seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil bahagian di SAINS.

Sesi telah dikendalikan oleh Konsultan IIM, Puan Nurul Fadzliyanie Mohd Razif dan Puan Wan Nooraine Husin.