Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Pelan Tindakan bersama 23 agensi di bawah kelolaan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan pada 27 hingga 28 Februari 2023 bertempat di Dewan Teratai, SUK Kelantan. Bengkel ini melibatkan sejumlah 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 11 Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ).

Sesi bengkel ini telah dikendalikan oleh enam Konsultan IIM dari Seksyen Pengurusan Integriti yang diketuai oleh Encik Muhamad Khairul Azmir Mohd Paiz.