Bengkel Pelaksanaan Semakan dan Pemantauan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan Penilaian Risiko Rasuah (CRA) bagi kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah selesai dilaksanakan pada 25 Ogos 2022.

Bengkel yang dijalankan secara fizikal ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari 18 bahagian pengurusan MCMC. Bengkel ini dikendalikan oleh Konsultan Institut Integriti Malaysia (IIM), En. Muhammad Khairul Azmir Mohd Paiz dan Pn. Nur Faranajwa Yahaya.