Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan bengkel Modul Integriti Penguat Kuasa (MIP) kepada pegawai-pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sejurus selepas perasmian Projek Rintis MIP pada 20 September 2022.
Sesi bengkel telah dihadiri seramai 32 orang pegawai-pegawai terpilih daripada kalangan bahagian/unit yang berisiko di PDRM. Ceramah merangkumi tiga (3) modul MIP iaitu Modul 1: Integriti Cerminan diri dan Organisasi; Modul 2: Membetulkan yang biasa, Membiasakan yang betul dan Modul 3: Menginstitusikan Integriti.
Bengkel telah dikendalikan oleh En. Harisham Hashim, Ketua Seksyen Pentadbiran. Manakala dua Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM yang juga terlibat bagi On Job Training merangkap fasilitator dalam perbincangan kumpulan adalah Puan Zarina Mohamad Amin dan Puan Munah Abdul Aziz.



