Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION), Jabatan Premier Sarawak telah menjayakan Bengkel Latihan Enhancement Training of OACP Facilitators dan Bengkel Semakan Semula Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi Jabatan Premier Sarawak (OACP-CMDS) selama dua hari bermula 17-18 Mac 2022 di Kuching, Sarawak.
Seramai 30 peserta telah menyertai bengkel tersebut yang terdiri daripada Pengarah UNION, Ketua Unit Integriti Kementerian, Ketua Residen, Pegawai Sarawak Economic Development Corporation (SEDC), Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO), dan beberapa agensi di Sarawak. Sesi Bengkel Latihan ini disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman).
Bengkel ini merupakan susulan kepada lawatan UNION ke IIM pada 16 Mac 2022.

