Bengkel Kajian Semula Pengurusan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah diadakan pada 6 hingga 7 April 2022. Ini merupakan bengkel peringkat akhir bagi Projek Pembangunan Sistem Pengurusan Antirasuah FINAS.
Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah diketuai oleh dua konsultan IIM, Puan Syafinas Daud dan Encik Abdul Rahman Abdullah. IIM mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengurusan Tertinggi dan semua warga kerja FINAS kerana telah berjaya membangunkan Sistem Pengurusan Antirasuah seterusya mendapatkan pengiktirafan pensijilan ISO 37001:2016.

