Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan bengkel ‘Internal Audit Training’ dan ‘On-site Auditing’ ABMS MS ISO 37001:2016 kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 4-5 Oktober 2022.
Bengkel ini telah dihadiri oleh 20 orang wakil-wakil dari Pusat Tanggungjawab (PTJ) MARDI. Intipati bengkel termasuklah penerangan mengenai teori audit dalaman dan metodologi/kaedah audit termasuk pelaporan audit.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Konsultan IIM iaitu Puan Wan Nabilah Meor Mohd Jamil dan En Mazwane Musa.




